提供:PR Newswire
※本記事は、当サイトの提携先である「PR Newswire」からのプレスリリースを掲載したものです。
QINGDAO, China, 24 November 2026 /PRNewswire/ — Hisense, jenama terkemuka dalam sektor elektronik pengguna dan perkakas rumah global, terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran TV global, dengan data industri terkini dan pengiktirafan pengguna menyerlahkan kepimpinannya dalam inovasi skrin besar dan kualiti gambar.
Menurut Omdia, Hisense menerajui penghantaran TV bersaiz 100 inci dan ke atas di seluruh dunia, dengan bahagian pasaran kumulatif melebihi 50% sepanjang tiga suku pertama 2026. Pencapaian penting ini memperkukuh kepimpinannya dalam segmen skrin ultra besar dan melengkapi kedudukannya di tempat pertama dari segi penghantaran TV Laser global pada 2025, dengan bahagian pasaran melebihi 70% – bermakna lebih daripada dua daripada setiap tiga TV Laser yang dihantar ke seluruh dunia merupakan keluaran Hisense.
Selain prestasi pasaran, komitmen Hisense untuk menyajikan pengalaman hiburan di rumah yang luar biasa turut meraih pengiktirafan pengguna. Dalam Expert Reviews TV Brand Awards 2026, Hisense menerima tiga anugerah: Terbaik Keseluruhan, Paling Disyorkan dan Terbaik dari Segi Kualiti Bunyi. Hisense turut menerima pengiktirafan Amat Dipuji bagi Kualiti Gambar, Nilai untuk Wang dan Ciri Pintar, mencerminkan pengalaman positif pengguna dalam pelbagai aspek pemilikan TV.
Pencapaian ini mencerminkan inovasi paparan Hisense merentas portfolio TVnya. Teknologi RGB MiniLED dalam UR9S dan UR8S memberikan kawalan cahaya RGB yang tepat untuk menghasilkan warna dan imej yang terang serta menyerlah. Model unggulan 116UXS terus meningkatkan prestasi warna dengan pensijilan Pantone Validated RGB MiniLED dan Pantone Color. Merentas rangkaian produknya, Hisense terus memajukan teknologi MiniLED, manakala TV Laser menawarkan pendekatan alternatif untuk menikmati hiburan skrin besar yang imersif. Pensijilan TÜV Rheinland Eye Comfort bagi seluruh rangkaian RGB MiniLED 2026 dan produk laser terpilihnya turut memperlihatkan komitmennya terhadap kualiti gambar dan keselesaan tontonan.
Secara keseluruhannya, data pasaran bebas, penyelidikan pengguna dan inovasi produk menyerlahkan kepimpinan Hisense dalam pasaran TV global. Lebih daripada sekadar menetapkan penanda aras industri, Hisense kekal menumpukan usaha untuk menterjemahkan inovasi paparan kepada pengalaman tontonan yang bermakna, membantu lebih ramai orang menikmati kehidupan yang lebih ceria di rumah.
Latar Belakang Hisense
Hisense, yang ditubuhkan pada 1969, merupakan peneraju perkakas rumah dan elektronik pengguna yang diiktiraf di peringkat global, dengan operasi di lebih 180 negara, mengkhusus dalam penyediaan produk multimedia, perkakas rumah dan penyelesaian IT pintar yang berkualiti tinggi. Menurut Omdia, Hisense menduduki tempat pertama di dunia dalam segmen TV bersaiz 100 inci dan ke atas (2023 hingga suku ketiga 2026). Sebagai pelopor RGB MiniLED, Hisense terus menerajui inovasi RGB MiniLED generasi akan datang. Sebagai Rakan Kongsi Rasmi UEFA EURO 2028, Hisense meneruskan legasi perkongsian sukan globalnya, mendekatkan orang ramai dengan detik-detik yang menyatukan peminat di seluruh dunia.

