Lawatan Diraja Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Sultan Ibrahim, Ketua Negara Malaysia, dan Lawatan Balas Arabian Oud demi Memperkukuh Kedudukan Jenama dan Warisan Oud pada Peringkat Global

提供:PR Newswire
※本記事は、当サイトの提携先である「PR Newswire」からのプレスリリースを掲載したものです。

RIYADH, Arab Saudi, 24 November 2026 /PRNewswire/ — Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Sultan Ibrahim, Ketua Negara Malaysia, telah berkenan berangkat ke ibu pejabat Arabian Oud, sebuah syarikat pengeluar minyak wangi oriental dan oud yang terkemuka di Arab Saudi, semasa Lawatan Negara Baginda ke Kerajaan Arab Saudi . Susulan daripada keberangkatan yang bersejarah tersebut, pihak Arabian Oud, yang diketuai oleh Encik Omar Abdulaziz Sulaiman Al Jasser, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, telah mengadakan lawatan balas kepada Kebawah Duli Baginda di Malaysia.

Lawatan Kebawah Duli Baginda ini mencerminkan penghargaan yang tinggi terhadap legasi dan kemahiran Arabian Oud, sekali gus mengiktiraf peranan jenama itu dalam memelihara dan mempromosi kekayaan warisan minyak wangi Kerajaan Arab Saudi ke pesada global. Pertemuan ini menandakan satu lagi peristiwa penting dalam perjalanan antarabangsa Arabian Oud, di samping memperkukuh hubungan antara Kerajaan Arab Saudi dan Malaysia serta membuka jalan baharu untuk pertukaran budaya, pelaburan dan kerjasama.

Semasa lawatan tersebut, Kebawah Duli Baginda telah dipersembahkan tentang sejarah perkembangan Arabian Oud, proses penciptaan wangian buatan tangan serta pelaburan berterusan syarikat dalam inovasi yang mengekalkan ketukangan tradisional. Pihak syarikat turut mempersembahkan aspirasi jangka panjangnya di Malaysia, termasuk meneroka peluang untuk memperluas kehadirannya dalam segmen peruncitan serta inisiatif strategik pada masa hadapan yang dapat menyokong perkembangan industri wangian negara.

Arabian Oud mula memasuki pasaran Malaysia pada tahun 2007 dengan pembukaan kedai utamanya di Berjaya Times Square. Kini, butiknya telah dibuka di lapan destinasi peruncitan utama, termasuk SEIBU The Exchange TRX, Suria KLCC, Pavilion Kuala Lumpur, Pavilion Bukit Jalil, Pavilion Damansara Heights, MyTown Kuala Lumpur, Sunway Pyramid, dan Tun Razak Exchange, dengan beberapa lokasi tambahan sedang dalam pembangunan.

Malaysia merupakan salah satu pasaran antarabangsa paling strategik bagi Arabian Oud dan berperanan sebagai pintu masuk ke Asia Tenggara, berikutan landskap peruncitannya yang matang, penghargaan tinggi terhadap wangian oud dan oriental serta kedudukan strategiknya yang menghubungkan rantau ASEAN secara lebih luas. Syarikat itu juga sedang menilai peluang untuk menjadikan Malaysia sebagai hab serantau bagi menyokong perkembangan berterusannya di rantau Asia Pasifik dan Oceania.

Arabian Oud turut meneroka peluang untuk memperkukuh kehadiran jangka panjangnya di Malaysia, termasuk potensi pelaburan merentasi rantaian nilai industri wangian serta inisiatif yang menyokong pembangunan mampan industri oud.

Mengulas mengenai lawatan tersebut, Encik Omar Abdulaziz berkata:

"Kami berbesar hati kerana berpeluang menyambut keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Sultan Ibrahim, Ketua Negara Malaysia, ke ibu pejabat Arabian Oud. Lawatan ini mencerminkan hubungan budaya dan ekonomi yang kukuh antara Arab Saudi dengan Malaysia, serta menyerlahkan penghargaan bersama terhadap warisan, kemahiran dan inovasi. Kami kekal komited untuk memperkukuh kehadiran kami di Malaysia dan memperkenalkan warisan minyak wangi Arab kepada lebih ramai pengguna di seluruh dunia."

Pelaburan berterusan Arabian Oud di Malaysia mencerminkan strategi pertumbuhan antarabangsa yang lebih luas serta komitmen syarikat untuk membawa minyak wangi Arab asli kepada masyarakat global. Syarikat itu juga telah mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu jenama wangian mewah terkemuka di Malaysia dan di peringkat global, melalui penyertaannya dalam pameran serantau terkemuka serta pengiktirafan antarabangsa yang diterima menerusi pelbagai anugerah berprestij.

BUTIRAN HUBUNGAN:
Samir Hazem
Pengurus Perhubungan Media
Kumpulan MSL
samir.nagi@mslgroup.com
+966 54 714 0451

スポンサーリンク