Tashkent Content Market Bakal Dilancarkan pada Februari 2027

提供:PR Newswire
※本記事は、当サイトの提携先である「PR Newswire」からのプレスリリースを掲載したものです。

Platform dagangan antarabangsa baharu ini akan menghubungkan penerbit kandungan dengan pembeli, pengedar dan rakan kongsi penerbitan bersama

TASHKENT, Uzbekistan, 20 November 2026 /PRNewswire/ — Tashkent Content Market (TCM 2027) akan berlangsung buat julung kalinya dari 4 hingga 5 Februari 2027 di Uzexpocentre. Acara ini akan menghimpunkan penerbit kandungan audiovisual dan pembeli antarabangsa untuk meneroka peluang pelesenan, pengedaran dan penerbitan bersama.

Acara ini dianjurkan oleh Centre for the Production of Content for the Mass Media di bawah Pentadbiran Presiden Republik Uzbekistan bersama pertubuhan rakan kongsi antarabangsa dan serantau.

Penganjur menjangkakan lebih daripada 3,000 peserta dari lebih 50 negara, dengan lebih 100 reruai pameran di dua pavilion yang berkeluasan keseluruhan 5,500 meter persegi. Peserta akan terdiri daripada penerbit, penyiar, pengedar, platform penstriman, pemegang hak, pelabur dan syarikat teknologi.

Bertemakan "From the Silk Road to the Global Content Market", TCM 2027 menyasarkan untuk membuka lebih banyak peluang antarabangsa kepada industri kandungan Uzbekistan dan menyokong pembangunan Tashkent sebagai hab media serantau. Antara keutamaannya ialah mempromosikan eksport kandungan, menghubungkan penerbit tempatan dengan pembeli antarabangsa, menyokong penerbitan bersama dan menarik pelaburan dalam projek media dan teknologi.

Program dua hari itu akan menggabungkan pameran antarabangsa dengan pertemuan antara perniagaan (B2B) yang dijadualkan, perbincangan industri, tayangan untuk golongan profesional, kelas induk dan aktiviti menjalin hubungan. Penerbit dan pemegang hak akan mempersembahkan katalog, projek baharu dan tawaran pelesenan yang merangkumi filem, dokumentari, siri televisyen, animasi, format televisyen dan kandungan digital.

Platform dalam talian khusus untuk peserta akan membantu syarikat mengenal pasti bakal rakan kongsi, mengatur pertemuan lebih awal dan mengurus jadual masing-masing. Pendaftaran boleh dibuat dalam empat bahasa.

Sesi industri akan membincangkan penjanaan hasil daripada kandungan, penggunaan kecerdasan buatan dalam penerbitan dan pengedaran, serta pelesenan antarabangsa. Tayangan dan kelas induk akan memperkenalkan projek kepada golongan profesional industri serta membuka peluang untuk bertukar pengalaman dengan pakar industri.

Acara ini turut menyediakan ruang untuk merundingkan dan menandatangani perjanjian pelesenan, pengedaran dan penerbitan bersama. Aktiviti menjalin hubungan pula akan mempertemukan penggiat industri berpengalaman dengan pencipta kandungan yang sedang meningkat naik.

Maklumat lanjut tentang penyertaan dan program acara boleh didapati di www.tcm.uz.

Maklumat tentang Tashkent Content Market

Tashkent Content Market ialah platform antarabangsa untuk mempamerkan, membeli, menjual dan melesenkan kandungan audiovisual, menjalin kerjasama pengedaran serta menyokong projek penerbitan bersama.

スポンサーリンク