Cision MCP Membawa Cerapan Pengguna ke dalam Aliran Kerja Harian

提供:PR Newswire
※本記事は、当サイトの提携先である「PR Newswire」からのプレスリリースを掲載したものです。

Pelancaran pertama menghubungkan ejen Brandwatch Consumer Research, membolehkan keupayaan Cision Intelligence dimanfaatkan melalui alat dan aliran kerja yang disokong.

CHICAGO, 20 Nov 2026 /PRNewswire/ — Cision, peneraju global dalam bidang cerapan pengguna dan media serta teknologi komunikasi, hari ini mengumumkan pelancaran pertama Cision MCP yang membolehkan pelanggan memanfaatkan cerapan pengguna dengan lebih mudah dalam proses membuat keputusan harian mereka. Pelancaran ini menyusuli pengenalan Cision Intelligence.

Cision MCP menggunakan Model Context Protocol (MCP) untuk menghubungkan alat dan ejen yang disokong dengan keupayaan cerapan khusus Cision. Pelancaran pertama ini menghubungkan ejen Brandwatch Consumer Research bagi membantu pasukan meneliti perbualan pengguna, memahami dapatan analisis dan mengikuti perkembangan penting yang boleh memberikan kesan kepada perniagaan mereka.

"Pelanggan seharusnya dapat meneroka persoalan penting pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja persoalan itu timbul," kata Jeff Mullins, Ketua Pegawai Teknologi Cision. "Cision MCP membolehkan keupayaan cerapan khusus kami dimanfaatkan melalui alat dan aliran kerja yang disokong, bermula dengan Brandwatch Consumer Research. Asas teknologi AI yang dikongsi bersama ini membolehkan kami memperluas akses tersebut seiring dengan pembangunan lebih banyak keupayaan merentasi penyelesaian Cision."

Daripada Persoalan Perniagaan kepada Keputusan yang Lebih Bermaklumat

Pelancaran pertama ini menyediakan empat keupayaan menerusi Cision MCP:

  • Pengurusan Pertanyaan: Memberikan tumpuan kepada persoalan yang penting untuk perniagaan anda.
  • Wawasan Pantas: Meneroka perbualan pengguna dan meneliti keperluan baharu yang semakin muncul.
  • Cerapan dan Ringkasan: Memahami dapatan analisis untuk membantu membuat keputusan seterusnya.
  • Makluman: Dapatkan maklumat terkini mengenai perubahan yang mungkin memerlukan jawapan.

Bagi pasukan yang sedang meneliti reaksi terhadap pelancaran sesuatu produk, keupayaan ini dapat membantu mereka meneroka perkara yang dibincangkan oleh pengguna, memahami persoalan yang sering dibangkitkan dan memantau perkembangan perbualan dari semasa ke semasa. Pemahaman tersebut dapat membantu pasukan merangka mesej komunikasi seterusnya atau mengenal pasti isu yang memerlukan perhatian lebih mendalam.

Pelanggan boleh menggunakan Cision MCP bersama Brandwatch Consumer Research sebagai satu lagi kaedah untuk memanfaatkan keupayaan cerapan platform tersebut dalam persekitaran yang disokong.

Satu Sambungan, Keupayaan yang Terus Berkembang

Cision Intelligence menggabungkan data khusus, kepakaran dan keupayaan AI Cision melalui satu asas teknologi bersama yang dibangunkan supaya dapat digunakan semula merentasi pelbagai penyelesaiannya serta alat dan ejen luaran yang disokong.

Cision merancang untuk memperluas akses MCP dengan pantas kepada penyelesaiannya yang lain. Ejen produk tambahan akan membawa lebih banyak keupayaan ke dalam aliran kerja pelanggan, manakala hubungan antara produk akan terus diperluas secara berperingkat.

Pelancaran pertama ini menghubungkan pelanggan dengan ejen Brandwatch Consumer Research. Maklumat mengenai akses kepada produk dan keupayaan tambahan akan dimaklumkan apabila setiap pelancaran tersedia.

Terokai Cision MCP

Terokai keupayaan pertama Cision Intelligence yang tersedia menerusi Cision MCP di cision.com/cision-mcp/.

Produk sedia ada kekal tersedia, memberikan pelanggan pilihan untuk terus bekerja dalam penyelesaian yang mereka gunakan hari ini.

Maklumat Tentang Cision
Cision ialah peneraju global dalam penyelesaian cerapan pengguna dan media, penglibatan khalayak serta komunikasi. Kami melengkapkan ahli profesional perhubungan awam (PR) dan komunikasi korporat, pemasaran dan media sosial dengan alatan yang mereka perlukan untuk berjaya dengan cemerlang dalam dunia dipacu data hari ini. Kepakaran mendalam kami, perkongsian data eksklusif dan produk kami yang memenangi anugerah  CisionOne, Brandwatch, Trajaan dan PR Newswire, membolehkan lebih 75,000 syarikat dan organisasi, termasuk 84% daripada Fortune 500 untuk melihat dan dilihat, memahami dan difahami oleh khalayak yang paling penting.

Hubungan Media:
Perhubungan Awam Cision
CisionPR@cision.com

スポンサーリンク