YeePay dan Banking Circle Umum Kerjasama Strategik bagi Memperkukuh Pembayaran Rentas Sempadan antara China dengan Eropah

提供:PR Newswire
※本記事は、当サイトの提携先である「PR Newswire」からのプレスリリースを掲載したものです。

SINGAPURA, 20 November 2026 /PRNewswire/ — Sempena Festival Fintech Singapura (SFF) 2026, YeePay dan Banking Circle, sebuah bank berlesen yang berpangkalan di Luxembourg, menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi menjalin kerjasama strategik.

YeePay and Banking Circle
YeePay and Banking Circle

Seiring dengan pertumbuhan berterusan aliran perdagangan dan pelaburan antara China dengan Eropah, kedua-dua syarikat berhasrat menggabungkan infrastruktur kawal selia masing-masing serta keupayaan perkhidmatan yang saling melengkapi untuk memperkukuh kesalinghubungan pembayaran rentas sempadan dua hala, sekali gus menyokong pemindahan dana yang lebih cekap antara kedua-dua pasaran.

Banking Circle ialah sebuah bank berlesen yang dikawal selia oleh Commission de Surveillance du Secteur Financier (CSSF) Luxembourg. Bank ini menyediakan perkhidmatan infrastruktur pembayaran kepada institusi kewangan, termasuk penjelasan pembayaran tempatan, akaun berbilang mata wang dan pembayaran rentas sempadan. Rangkaiannya memberi perkhidmatan kepada syarikat teknologi kewangan (fintech) dan penyedia perkhidmatan pembayaran di United Kingdom, Kesatuan Eropah dan pasaran antarabangsa yang lain.

YeePay ialah penyedia terkemuka perkhidmatan pembayaran dan transaksi rentas sempadan, yang menawarkan rangkaian pembayaran global bersepadu kepada perniagaan. Syarikat ini telah mengukuhkan kehadirannya di pasaran antarabangsa utama, termasuk Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, Thailand, Indonesia, Vietnam, Malaysia, Singapura, United Kingdom, Belanda, Mexico, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Nigeria, Amerika Syarikat, Kanada dan Australia.

Rangkaian pembayaran YeePay merangkumi lebih 200 negara dan wilayah, menyokong pembayaran keluar di seluruh dunia serta penukaran pertukaran asing (FX) masa nyata bagi lebih 100 mata wang. Dengan memberi perkhidmatan kepada lebih 6.5 juta pelanggan perniagaan, syarikat ini menyediakan perkhidmatan pembayaran dan transaksi merentas industri, termasuk pelancongan dan penerbangan, peruncitan, e-dagang rentas sempadan serta fintech.

Menerusi kerjasama ini, YeePay dan Banking Circle berhasrat memanfaatkan kepakaran kawal selia tempatan dan infrastruktur pembayaran masing-masing untuk mewujudkan saluran pembayaran yang selamat dan boleh dipercayai dalam kedua-dua arah antara China dengan Eropah, bagi menyokong perniagaan yang terlibat dalam perdagangan rentas sempadan, tertakluk pada pematuhan terhadap semua peraturan yang berkenaan.

Terry Hua, Ketua Pegawai Eksekutif YeePay Global, mengulas:

"Kami berbesar hati dapat menjalin kerjasama ini dengan Banking Circle di Festival FinTech Singapura, sebuah platform penting bagi kerjasama fintech antarabangsa.

"Dengan menggabungkan keupayaan infrastruktur kami yang saling melengkapi, kami berhasrat membantu pelanggan Banking Circle mengakses pasaran pembayaran China dengan lebih cekap, di samping memanfaatkan infrastruktur penjelasan pembayaran dan kawal selia Banking Circle yang mantap di Eropah untuk memperluas perkhidmatan kewangan rentas sempadan kami.

"Bersama-sama, kami berharap dapat meningkatkan kesalinghubungan pembayaran dua hala antara China dengan Eropah dalam kerangka kawal selia yang kukuh."

Kirit Bhatia, Ketua Pegawai Aset Digital Banking Circle, mengulas:

"China merupakan pasaran yang amat menarik bagi penyedia perkhidmatan pembayaran global. Infrastruktur pembayaran YeePay yang telah mantap di China melengkapi keupayaan penjelasan pembayaran tempatan Banking Circle di Eropah.

"Kami berharap dapat bekerjasama untuk membangunkan infrastruktur pembayaran yang menghubungkan China dengan Eropah, sekali gus menyokong perniagaan yang beroperasi di peringkat antarabangsa."

Melangkah ke hadapan, YeePay dan Banking Circle akan bekerjasama untuk memperhalusi penyelesaian yang dicadangkan serta memajukan penyepaduan teknikal, dengan pematuhan terus menjadi keutamaan terpenting.

Dengan memperkukuh kesalinghubungan pembayaran rentas sempadan antara China dengan Eropah, kerjasama ini bertujuan memudahkan pemindahan dana antarabangsa, meningkatkan kecekapan pembayaran dan membantu perniagaan di kedua-dua pasaran mengambil bahagian dengan lebih berkesan dalam perdagangan global.

スポンサーリンク