提供:PR Newswire
※本記事は、当サイトの提携先である「PR Newswire」からのプレスリリースを掲載したものです。
![]() |
Setelah terbukti berkesan dalam sektor automotif, S-GNSS® kini diperluas kepada bandar pintar dan robotik mudah alih, daripada dron penghantaran hingga platform mikromobiliti.
CAMBRIDGE, England, 24 November 2026 /PRNewswire/ — FocalPoint hari ini mengumumkan peluasan teknologi S-GNSS® ke pasaran bandar pintar dan robotik, sekali gus memperluas penggunaan teknologi penentududukannya melangkaui sektor automotif kepada pelbagai sistem autonomi dan terhubung yang semakin berkembang. Langkah ini membawa keupayaan penentududukan Sistem Satelit Navigasi Global (GNSS) yang boleh dipercayai kepada sistem AI fizikal yang sedang berkembang, termasuk dron penghantaran, robot mudah alih dan platform mikromobiliti.
Peluasan ini menangani cabaran yang sering dihadapi dalam pelbagai aplikasi tersebut, iaitu: mengekalkan penentududukan yang boleh dipercayai dalam persekitaran yang mencabar. Di kawasan bandar, bangunan tinggi memantulkan isyarat satelit, lalu menghasilkan perambatan berbilang laluan yang menjejaskan ketepatan penentududukan. Di kawasan yang mempunyai dedaun tebal dan pelbagai halangan lain, isyarat satelit boleh menjadi lemah atau terhalang. Penerima GNSS juga semakin terdedah kepada gangguan isyarat (jamming) dan pemalsuan isyarat (spoofing). Selain itu, reka bentuk kompak kebanyakan platform robotik sering menyebabkan antena dipasang pada kedudukan yang kurang sesuai.
Teknologi pemprosesan isyarat Supercorrelation® oleh FocalPoint menangani cabaran ini pada peringkat penerima GNSS. Teknologi ini meningkatkan ketepatan dalam persekitaran yang mengalami perambatan berbilang laluan yang tinggi, memperkukuh daya tahan terhadap pemalsuan dan gangguan isyarat serta membantu memulihkan prestasi apabila kedudukan antena tidak optimum. Teknologi ini berfungsi dengan perkakasan penerima sedia ada tanpa memerlukan penderia tambahan.
Apabila sistem yang menggunakan maklumat lokasi semakin berautonomi, penentududukan yang boleh dipercayai menjadi asas penting untuk menavigasi persekitaran sekeliling, menyokong perkhidmatan berasaskan lokasi dan beroperasi dengan selamat berhampiran manusia. Robot penghantaran yang perlu menentukan arah untuk melintas atau robot teksi yang menerima maklumat kedudukan palsu akibat pemalsuan isyarat perlu membuat keputusan berdasarkan maklumat yang tersedia kepadanya. Tiada pemandu yang boleh mengesan dan membetulkan kesilapan tersebut.
S-GNSS® sudah digunakan secara meluas dalam sektor automotif dan tersedia secara komersial sebagai naik taraf perisian tegar menerusi kerjasama FocalPoint dengan STMicroelectronics. S-GNSS® Auto disepadukan dengan penerima GNSS Teseo oleh ST, sekali gus meningkatkan prestasi penentududukan untuk aplikasi pemanduan autonomi. Peluasan ke sektor bandar pintar dan robotik membolehkan teknologi FocalPoint digunakan dalam pasaran baharu yang menghadapi cabaran kebolehpercayaan GNSS yang serupa.
"AI fizikal semakin berkembang daripada persekitaran terkawal kepada penggunaan dalam dunia sebenar, yang memerlukan penentududukan yang boleh dipercayai bagi memastikan sistem ini dapat berfungsi dengan berkesan," kata Scott Pomerantz, Ketua Pegawai Eksekutif FocalPoint Positioning. "Teknologi kami membolehkan sistem autonomi menentukan kedudukan masing-masing dengan lebih tepat, sekali gus membantu sistem tersebut menavigasi persekitaran yang kompleks dengan selamat. Kami teruja untuk memanfaatkan pengalaman bertahun-tahun dalam sektor automotif bagi menyokong pembangunan mesin pintar generasi seterusnya ini."
FocalPoint juga sedang bekerjasama dengan pengeluar cipset untuk memperkenalkan Precise+ ke pasaran. Penyelesaian ini direka untuk menawarkan ketepatan penentududukan kurang daripada satu meter bagi aplikasi yang memerlukannya, termasuk jentera pertanian dan pembinaan yang bergantung pada penentududukan tepat untuk meningkatkan produktiviti dan keselamatan.
Temui FocalPoint di CES 2027 yang akan berlangsung dari 6 hingga 9 Januari di Las Vegas untuk mengetahui kepentingan penentududukan yang boleh dipercayai kepada AI fizikal, bandar pintar dan robotik.
Untuk mengatur pertemuan atau mendapatkan maklumat lanjut, hubungi contact@focalpointpositioning.com
Maklumat Tentang FocalPoint
FocalPoint membangunkan perisian maju yang memastikan kebolehpercayaan GNSS dalam persekitaran paling mencabar. Perisian utama S-GNSS® Auto syarikat itu menyediakan ketepatan penentududukan yang diperlukan untuk memajukan autonomi kenderaan, khususnya di ngarai bandar dan jalan hutan. Diintegrasikan ke dalam peranti Teseo V dan Teseo VI STMicroelectronics, penyelesaian bersama ini ditawarkan sebagai naik taraf perisian tegar yang lancar, sekali gus membolehkan OEM memajukan keupayaan ADAS dan V2X mereka. Setelah terbukti berkesan dalam sektor automotif, S-GNSS® kini diperluas kepada AI fizikal, bandar pintar dan robotik. Beribu pejabat di Cambridge, United Kingdom, FocalPoint menerima sokongan pelaburan strategik daripada GM Ventures dan telah meraih pelbagai anugerah serta pengiktirafan daripada Royal Institute of Navigation (RIN) dan Institute of Navigation (ION).
Ramya Sriram; contact@focalpointpositioning.com
https://focalpointpositioning.com/

