提供:PR Newswire
※本記事は、当サイトの提携先である「PR Newswire」からのプレスリリースを掲載したものです。
![]() |
ABU DHABI, UAE, 21 Nov 2026 /PRNewswire/ — Di bawah naungan Yang Teramat Mulia Sheikh Khaled bin Mohamed bin Zayed Al Nahyan, Putera Mahkota Abu Dhabi dan Pengerusi Majlis Eksekutif Abu Dhabi, Abu Dhabi Finance Week (ADFW), yang dianjurkan oleh ADGM, pusat kewangan antarabangsa Abu Dhabi, telah mengumumkan program inisiatif teraju rakan kongsi terbesar dalam sejarah penganjurannya bagi edisi kelima yang akan berlangsung dari 7 hingga 10 Disember 2026.
Selaras dengan tema tahun ini, ‘Komuniti Modal, Diperkasakan oleh Kerjasama (The Capital Community, Powered by Partnerships)’, institusi terkemuka dunia akan memainkan peranan aktif dalam membentuk program ADFW menerusi sidang kemuncak utama, forum, dialog kepimpinan tertutup dan sesi libat urus pelabur yang merangkumi sektor kewangan, pelaburan, teknologi, tenaga dan pasaran global.
L’IMAD, pelabur berdaulat Kerajaan Abu Dhabi yang merupakan Rakan Kongsi Utama acara ini, akan memainkan peranan penting sepanjang ADFW 2026 dengan menyokong platform utama termasuk Abu Dhabi Economic Forum (ADEF), Infrastructure Summit dan Al Abu Dhabi. Terletak di tengah-tengah kawasan acara yang luas, L’IMAD Arena akan menjadi lokasi majlis pembukaan serta beberapa sesi perbincangan paling penting yang berlangsung di pentas sepanjang minggu tersebut. Arena ini juga akan menyediakan pavilion khusus yang menghimpunkan pemimpin tempatan dan antarabangsa.
Sementara itu, Rakan Kongsi Perdana ADFW, iaitu ADCB, Hanwha, XRG dan Modon, akan menyumbang kepada beberapa platform utama acara tersebut. ADCB akan menjadi penganjur bersama Asset Abu Dhabi dan ADEF, manakala Hanwha akan menjadi penganjur bersama Global Markets Summit, Risk 4.0 dan Fintech Abu Dhabi. XRG pula akan menganjurkan New Energy Finance dalam bentuk forum terbuka dan dialog kepimpinan tertutup. Modon akan mengambil bahagian dalam Abu Dhabi Real Estate Summit dan ADFW Opening Gala.
Selain itu, Milken Institute akan menganjurkan Middle East and Africa Summit tahunannya yang kelapan pada 7 hingga 8 Disember sempena ADFW 2026. Sidang kemuncak ini akan memperkukuh kedudukan Abu Dhabi sebagai hab pelaburan global dengan menghimpunkan pelabur terkemuka, pemimpin perniagaan dan pembuat dasar untuk meneroka peluang serantau serta memacu pertumbuhan jangka panjang.
Di samping itu, Rakan Kongsi Strategik Mubadala, FAB, Binance, Hub71, OMNIYAT dan Capital.com akan menerajui serta menyokong program yang merangkumi pengurusan aset, teknologi kewangan, aset digital, teknologi, hartanah dan pasaran global. Mubadala akan bertindak sebagai rakan kongsi tematik bagi Asset Abu Dhabi, manakala FAB dan Binance akan menyumbang kepada Fintech Abu Dhabi. Binance juga akan menyokong Blockchain Abu Dhabi.
Hub71 akan menganjurkan Growth Summit selama empat hari yang menghimpunkan pemimpin daripada sektor perusahaan, modal teroka dan teknologi, di samping menyediakan sesi libat urus khusus bersama pengasas syarikat dan pelabur. UBS akan membawa perspektif pelaburan global dan pengurusan kekayaan persendirian yang kukuh kepada ADFW dengan menghimpunkan komuniti dana lindung nilai, pejabat keluarga dan pengurusan kekayaan persendirian terkemuka menerusi UBS Investor Forum dan International Family Office Congress.
Salem Al Darei, Ketua Pegawai Eksekutif ADGM Authority, berkata, "Kekuatan ekosistem kewangan Abu Dhabi terletak pada institusi yang menyumbang kepada pembangunannya serta kerjasama yang menghubungkan institusi tersebut. Tahun ini, rakan kongsi kami memainkan peranan aktif dalam membentuk ADFW dengan memanfaatkan kepimpinan dan rangkaian global mereka dalam pelbagai program yang merangkumi pelaburan, teknologi, tenaga, pasaran dan pertumbuhan ekonomi. Melalui kerjasama strategik yang penting ini, kami akan menggalakkan dialog yang lebih bermakna, memperkukuh hubungan global dan membuka lebih banyak peluang baharu untuk Abu Dhabi serta pasaran antarabangsa."
Ominiyat akan menyokong program hartanah ADFW menerusi pameran khusus dan sesi libat urus bersama barisan kepimpinan kanan, di samping menjadi penganjur bersama Abu Dhabi Real Estate Summit serta mengetengahkan peluang pelaburan utama dalam sektor tersebut. Sebagai sebahagian daripada program hartanah itu, Al Ain Holding dan SAAS turut akan mengambil bahagian menerusi pavilion khusus masing-masing untuk mempamerkan projek mereka.
ADX juga akan memainkan peranan aktif dalam program tersebut dengan menjadi penganjur bersama ADEF serta memperkenalkan syarikat yang tersenarai di Abu Dhabi kepada pelabur antarabangsa yang menghadiri ADFW.
Sepanjang empat hari yang bertemakan bidang berbeza, ADFW akan membincangkan faktor utama yang mempengaruhi pengagihan modal dan pertumbuhan ekonomi pada 2027 dan tahun-tahun seterusnya. Hari Pertama akan memberikan tumpuan kepada Falcon Economy Abu Dhabi, pasaran global dan megatrend makroekonomi; Hari Kedua kepada pengurusan aset, pasaran swasta dan kekayaan; Hari Ketiga kepada kecerdasan buatan (AI), teknologi kewangan, aset digital dan inovasi kewangan; manakala Hari Keempat kepada kewangan mampan serta daya tahan ekonomi dan masyarakat dalam jangka panjang.
Maklumat lanjut mengenai barisan penceramah dan program akan diumumkan menjelang ADFW 2026.
Untuk maklumat lanjut dan mendaftar, sila kunjungi: www.adfw.com.

