PolicyStreet Tawar Manfaat Insurans Kereta dan Cukai Jalan Bernilai Sehingga RM570* Menerusi 12.12 ALL OUT Year End Sale

提供:PR Newswire
※本記事は、当サイトの提携先である「PR Newswire」からのプレスリリースを掲載したものです。

Dari 25 November hingga 15 Disember 2026, pemandu di Malaysia boleh menikmati pelbagai diskaun dan baucar terpilih yang boleh digabungkan dengan diskaun tambahan pembaharuan cukai jalan menerusi keahlian Drive+.

KUALA LUMPUR, Malaysia, 20 November 2026 /PRNewswire/ — PolicyStreet hari ini mengumumkan tawaran diskaun dan manfaat gabungan bernilai sehingga RM570* kepada pemilik kereta persendirian yang layak menerusi kempen 12.12 ALL OUT Year End Sale, yang berlangsung dari 25 November hingga 15 Disember 2026. Kempen ini bertujuan membantu mengurangkan kos pembaharuan insurans kereta menjelang penghujung tahun melalui pelbagai diskaun, baucar, dan manfaat cukai jalan yang boleh digabungkan.

12.12 ALL OUT Year End Sale PolicyStreet menawarkan manfaat insurans kereta dan cukai jalan bernilai sehingga RM570* kepada pemilik kereta persendirian yang layak, dari 25 November hingga 15 Disember 2026. *Tertakluk pada terma dan syarat.
12.12 ALL OUT Year End Sale PolicyStreet menawarkan manfaat insurans kereta dan cukai jalan bernilai sehingga RM570* kepada pemilik kereta persendirian yang layak, dari 25 November hingga 15 Disember 2026. *Tertakluk pada terma dan syarat.

Terlepas promosi 11.11? Jangan lepaskan peluang untuk menikmati tawaran istimewa hujung tahun ini! Pelanggan yang layak boleh menikmati manfaat kempen keseluruhan sehingga RM570*. Ini termasuk diskaun promosi sehingga RM150, baucar tunai bernilai sehingga RM100, dan baucar sehingga RM200 melalui perkhidmatan Beli Sekarang, Bayar Kemudian (BNPL) yang layak. Pelanggan yang membeli keahlian Drive+ turut layak menikmati diskaun cukai jalan sehingga RM120.

"Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, kereta lebih daripada sekadar kenderaan. Kereta merupakan sebahagian daripada rutin harian, sama ada untuk ke tempat kerja, menghantar anak ke sekolah, menguruskan urusan keluarga, malah adakalanya menjadi ruang untuk berehat seketika di antara mesyuarat. Apabila pelbagai perbelanjaan mula bertambah menjelang penghujung tahun, kami ingin membantu meringankan kos untuk memastikan kereta terus dilindungi. Menerusi kempen 12.12 ini, kami menggalakkan pemandu untuk membandingkan pilihan insurans, memilih perlindungan yang sesuai dengan keperluan mereka serta menikmati nilai yang lebih baik apabila memperbaharui insurans kereta," kata Yen Ming Lee, Ketua Pegawai Eksekutif PolicyStreet.

Cara untuk menikmati tawaran ini cukup mudah tanpa memerlukan sebarang kod promosi. Pelanggan hanya perlu mendapatkan sebut harga dan menyemak bahagian baucar di halaman pembayaran untuk melihat diskaun serta baucar yang tersedia. Pilih baucar yang ingin digunakan, semak jumlah akhir yang perlu dibayar, dan lengkapkan pembayaran.

Anda merancang untuk memperbaharui insurans kereta? Bandingkan sebut harga daripada pelbagai syarikat insurans, pilih perlindungan dan manfaat tambahan yang sesuai dengan keperluan anda, serta nikmati lebih banyak penjimatan menerusi 12.12 ALL OUT Year End Sale PolicyStreet.

Tertakluk pada terma dan syarat kempen. Jangan kata tak ajak!

###

* Jumlah manfaat maksimum RM570 adalah berdasarkan kelayakan pelanggan untuk semua tawaran yang berkenaan, termasuk diskaun cukai jalan sehingga RM120 dengan pembelian keahlian Drive+. Yuran keahlian dan terma Drive+ terpakai.

Mengenai PolicyStreet Group

PolicyStreet Group merupakan kumpulan syarikat teknologi insurans (insurtech) bersepadu yang menyediakan penyelesaian insurans digital kepada perniagaan dan pengguna di seluruh Asia dan Australia.

Kumpulan ini beroperasi melalui beberapa entiti merentasi pasaran utama dan bidang perniagaan, termasuk pengedaran insurans, insurans terbenam (embedded insurance), dan insurans semula (reinsurance). Dengan kerjasama lebih 40 penyedia insurans dan takaful di seluruh dunia, PolicyStreet Group menawarkan penyelesaian manfaat pekerja dan insurans berkumpulan, perkhidmatan agregasi insurans serta infrastruktur digital bagi memudahkan urusan berkaitan insurans.

PolicyStreet Group disokong oleh firma modal teroka terkemuka, Altara Ventures dan Gobi Partners, serta dana kekayaan berdaulat Khazanah Nasional Berhad dan Cool Japan Fund. Kumpulan ini menyediakan perkhidmatan kepada lebih 10 juta pelanggan dengan jumlah perlindungan melebihi US$10 bilion. PolicyStreet Group turut disenaraikan dalam Top 500 High-Growth Companies Asia-Pacific 2026 oleh Financial Times dan Statista, serta dinobatkan sebagai "Most Disruptive Insurtech in Malaysia" di Insurance Asia News (IAN) Country Awards for Excellence 2025.

Mengenai PolicyStreet Malaysia

PolicyStreet Malaysia merupakan anak syarikat PolicyStreet Group di Malaysia yang menawarkan penyelesaian insurans kepada pengguna, selain menyediakan penyelesaian manfaat pekerja dan insurans berkumpulan.

Syarikat ini merupakan Penasihat Kewangan dan Penasihat Kewangan Islam yang diluluskan serta dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia. Sebagai sebahagian daripada PolicyStreet Group, PolicyStreet Malaysia memanfaatkan keupayaan teknologi kumpulan untuk memudahkan akses kepada insurans dan memberikan pengalaman pelanggan yang lebih baik.

スポンサーリンク