提供:PR Newswire
※本記事は、当サイトの提携先である「PR Newswire」からのプレスリリースを掲載したものです。
![]() |
Kyncl akan memberikan gambaran awal tentang masa depan penciptaan muzik dan cara peminat berinteraksi dengannya menerusi ucaptama rasmi CES yang julung kali disampaikan oleh peneraju syarikat muzik
ARLINGTON, Virginia, 19 Nov 2026 /PRNewswire/ — Consumer Technology Association (CTA)®, pemilik dan penganjur CES®, mengalu-alukan Robert Kyncl, Ketua Pegawai Eksekutif Warner Music Group (WMG), sebagai penyampai ucaptama di CES 2027. Kyncl akan menyampaikan ucaptama pada 6 Januari, pukul 2 petang, di Palazzo Ballroom, The Venetian. Beliau akan menjadi peneraju industri muzik pertama yang menyampaikan ucaptama di acara teknologi paling berpengaruh di dunia itu. Ucaptama ini menandakan transformasi WMG menjadi sebuah syarikat berteknologi termaju yang melindungi dan memperkasakan artis serta penulis lagu di seluruh dunia. WMG menggabungkan teknologi proprietari terkemuka dalam industri dengan kerjasama strategik bersama platform yang melancarkan produk berasaskan AI. Produk ini akan membolehkan peminat berinteraksi dengan muzik melalui cara baharu.
"CES menghimpunkan pelbagai industri untuk menunjukkan bagaimana teknologi membentuk masa depan," kata Kinsey Fabrizio, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CTA. "Muzik ialah bahagian penting dalam budaya kita dan semakin berkait rapat dengan teknologi. Saya teruja mengalu-alukan Robert Kyncl ke pentas ucaptama CES untuk meneroka cara inovasi dapat membuka peluang baharu kepada artis, pencipta dan industri sambil terus meletakkan kreativiti manusia sebagai keutamaan."
WMG ialah syarikat muzik global yang menghimpunkan artis, penulis lagu, usahawan dan teknologi untuk membentuk budaya hiburan di seluruh dunia. Pada tahun 2026, TIME menyenaraikan Warner Music Group dalam senarai TIME100 Most Influential Companies sebagai pengiktirafan atas pendekatannya terhadap AI serta usahanya untuk memastikan artis dan penulis lagu dilindungi dan dapat meraih manfaat daripada perubahan yang dibawa oleh teknologi dalam industri muzik.
"Kami berada di barisan hadapan dalam membangunkan, melesenkan dan memanfaatkan teknologi untuk menyokong daya cipta seni manusia serta membuka lebih banyak peluang kepada artis, penulis lagu dan peminat," kata Kyncl. "CES ialah pusat inovasi global dan saya teruja untuk tampil di pentas ini dan berkongsi cara kami membentuk masa depan muzik."
Sepanjang kerjayanya, Kyncl telah membantu memacu beberapa perubahan paling ketara dalam landskap media digital. Sebelum menyertai WMG, Kyncl berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Perniagaan di YouTube. Beliau membangunkan ekosistem pencipta kandungan YouTube dan mengusahakan pelancaran perkhidmatan langganan berbayarnya, termasuk YouTube Premium, YouTube Music dan YouTube TV. Pada awal kerjayanya, beliau berkhidmat selama tujuh tahun di Netflix. Beliau membantu merintis peralihan syarikat itu daripada perkhidmatan penghantaran DVD melalui pos kepada penstriman filem dan kandungan televisyen, sekali gus memainkan peranan penting dalam perkembangan Netflix sebagai platform hiburan global.
Ucaptama itu akan disiarkan secara langsung menerusi CES.tech, X, Facebook, YouTube dan LinkedIn.
Warner Music Group menyertai Lenovo, Stellantis, Waymo dan WPP dalam barisan penyampai ucaptama CES 2027. Pendaftaran untuk CES 2027 dibuka sekarang. CES 2027 akan berlangsung di Las Vegas dari 6 hingga 9 Januari. Butiran acara dan maklumat terkini mengenai program boleh didapati di CES.tech.
Maklumat Tentang CES®:
CES ialah acara teknologi paling berkuasa di dunia – tempat pembuktian bagi teknologi rintisan dan inovator global. Di sini, jenama terbesar dunia menjalankan perniagaan dan bertemu rakan niaga baharu dan inovator yang amat peka kepada perkembangan semasa membuat pembentangan. Dimiliki dan diterbitkan oleh Consumer Technology Association (CTA)®, CES menampilkan setiap aspek daripada sektor teknologi. CES 2027 akan berlangsung dari 6-9 Januari di Las Vegas. Ketahui lebih lanjut di CES.tech dan ikuti CES di media sosial.
Maklumat Tentang Consumer Technology Association (CTA)®:
Sebagai persatuan perdagangan teknologi terbesar di Amerika Utara, CTA ialah sektor teknologi. Ahli kami terdiri daripada inovator terkemuka dunia – daripada syarikat pemula sehingga jenama global – membantu menyokong lebih daripada 17 juta pekerjaan Amerika. CTA memiliki dan menerbitkan CES® – acara teknologi paling berkuasa di dunia. Temui kami di CTA.tech. Ikuti kami @CTAtech.
Warner Music Group (WMG) menghimpunkan artis, penulis lagu, usahawan dan teknologi yang memacu perkembangan budaya hiburan di seluruh dunia. Bahagian rakaman muzik WMG merangkumi label terkemuka seperti 10K Projects, 300 Entertainment, Asylum, Atlantic, Big Beat, EastWest, Elektra, Erato, Fueled By Ramen, Nonesuch, Parlophone, Reprise, Rhino, Roadrunner, Sire, Spinnin’, Warner Records, Warner Classics dan Warner Records Nashville. Warner Chappell Music, cabang penerbitan muzik WMG, memiliki katalog lebih daripada sejuta hak cipta yang merangkumi semua genre muzik, daripada lagu klasik dalam Great American Songbook hinggalah lagu paling popular pada abad ke-21. Warner Music Group turut menaungi ADA, yang menyokong komuniti muzik bebas, serta WMX, bahagian perkhidmatan artisnya. Ikuti WMG di Instagram, X, TikTok, LinkedIn dan Facebook.

