提供:PR Newswire
※本記事は、当サイトの提携先である「PR Newswire」からのプレスリリースを掲載したものです。
WEST PALM BEACH, Florida, 18 November 2026 /PRNewswire/ — Gramercy Funds Management LLC ("Gramercy"), pengurus pelaburan pasaran pesat membangun global bernilai $ 7.5 bilion, hari ini mengumumkan bahawa Erika Hayflick Lowe telah menyertai firma itu sebagai Rakan Kongsi dan Ketua Penyelesaian Pelanggan Global. Dalam peranan ini, beliau akan menerajui usaha penglibatan pelanggan dan pengurusan hubungan Gramercy di seluruh dunia merentasi saluran institusi dan kekayaan persendirian, di samping membantu memacu inisiatif strategik yang dirangka untuk memperkukuhkan kedudukan perniagaan global firma itu dan terus memantapkan kedudukan Gramercy sebagai pengurus aset alternatif terkemuka dalam pasaran sedang pesat membangun. Cik Lowe juga akan berkhidmat sebagai ahli Pasukan Pengurusan Gramercy.
Cik Lowe akan mengawasi perkembangan berterusan platform pelanggan global Gramercy, mengeratkan lagi hubungan pelabur sedia ada dan memupuk perkongsian baharu merentasi pasaran utama. Beliau akan bekerjasama rapat dengan pasukan pelaburan, produk dan kepimpinan firma untuk mengukuhkan lagi perkongsian pelanggan dan menyelaraskan platform pelaburan Gramercy yang berkembang dengan keperluan pelabur yang sentiasa berubah.
"Kami teruja untuk mengalu-alukan Erika ke Gramercy," kata Robert Koenigsberger, Rakan Kongsi Urusan dan Ketua Pegawai Pelaburan Gramercy. "Erika menawarkan gabungan luar biasa kepakaran dalam pengurusan aset institusi, pengalaman dalam pengurusan hubungan global dan pendekatan yang amat berfokuskan pelanggan. Pengalaman beliau selama berdekad-dekad dalam memberikan perkhidmatan kepada pelabur berpengalaman dan berpengetahuan luas dan membina kerjasama yang berkekalan akan meenjadi amat bernilai ketika kami terus memperluaskan kehadiran global kami dan memberikan penyelesaian inovatif kepada pelanggan di seluruh dunia."
Cik Lowe menyumbang kepada Gramercy dengan pengalaman lebih daripada 30 tahun dalam pengurusan aset institusi dan perbankan persendirian. Selepas berkhidmat di JP Morgan sebagai Penasihat Pelaburan Global di bahagian Perbankan Persendirian, dengan memberikan nasihat kepada keluarga dari Brazil, Timur Tengah dan Eropah tentang pengurusan pelaburan dan strategi portfolio, Cik Lowe berkhidmat selama lebih daripada dua dekad di PIMCO sebagai Naib Presiden Eksekutif dalam Pengurusan Pelanggan yang bertanggungjawab memberikan nasihat dan sokongan kepada pelanggan korporat institusi. Beliau membina dan mengurus hubungan jangka panjang dengan beberapa pelabur paling berpengalaman dan berpengetahuan luas di dunia, membantu pelanggan menghadapi perubahan persekitaran pasaran dan objektif pelaburan.
"Gramercy telah membina reputasi cemerlang sebagai salah satu pengurus pelaburan terkemuka yang mengkhusus dalam pasaran sedang pesat membangun, yang menonjol menerusi kepakaran pelaburan, budaya keusahawanan dan komitmennya terhadap hasil yang dicapai untuk pelanggan," kata Cik Lowe. "Saya teruja untuk menyertai pasukan kerjasama yang sangat komited untuk berkhidmat kepada pelanggannya dan membantu pelabur mengakses peluang yang menarik di seluruh pasaran yang sedang membangun. Saya berharap dapat menyumbang kepada pertumbuhan berterusan dan kejayaan jangka panjang firma ini."
Cik Lowe menerima Ijazah Sarjana Muda Sastera dari University of Pennsylvania dan MBA dari UCLA Anderson School of Management. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai ahli Lembaga Girls Inc. di Orange County.
Maklumat Tentang Gramercy
Gramercy ialah pengurus pelaburan alternatif pasaran sedang pesat membangun global yang mempunyai pejabat di West Palm Beach, Greenwich, London, Buenos Aires, Miami dan Mexico City serta platform pemberian pinjaman khusus di Mexico, Türkiye, Peru, seluruh Afrika, Brazil dan Costa Rica. Firma bernilai $7.5 bilion yang ditubuhkan pada tahun 1998 ini berusaha untuk menawarkan pendekatan yang lebih baik kepada pelabur untuk melabur dalam pasaran sedang pesat membangun, dengan menjana pulangan terlaras risiko yang menarik, disokong oleh platform institusi yang telus dan mantap. Gramercy menawarkan strategi alternatif dan strategi beli sahaja merentasi kelas aset pasaran sedang pesat membangun, termasuk berbilang aset, kredit persendirian, hutang EM dan situasi khas. Misi Gramercy adalah untuk memberi kesan positif kepada kesejahteraan pelanggan, pelaburan portfolio dan ahli pasukan kami. Gramercy ialah Penasihat Pelaburan Berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa A.S. (SEC) dan Penandatangan Prinsip Pelaburan Bertanggungjawab (PRI). Gramercy Ltd, sebuah syarikat sekutu, berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kelakuan Kewangan UK (FCA).
Hubungan Media:
Penasihat ASC
Steve Bruce | Keely Gispan
203-992-1230
sbruce@ascadvisors.com | kgispan@ascadvisors.com
