JA Melancarkan Ekosistem Solar dan Penyimpanan Tenaga Bersepadu Seasal di Chengdu

提供:PR Newswire
※本記事は、当サイトの提携先である「PR Newswire」からのプレスリリースを掲載したものです。

CHENGDU, China, 17 November 2026 /PRNewswire/ — JA memperkenalkan Ekosistem Solar dan Penyimpanan Tenaga Bersepadu Seasal pada acara "ORIGIN — Pelancaran Ekosistem Solar dan Penyimpanan Tenaga JA" di Chengdu, yang menghimpunkan wakil persatuan industri, institusi penyelidikan, pelanggan dan badan pensijilan.

JA Launches Same-Origin Solar and Storage Ecosystem
JA Launches Same-Origin Solar and Storage Ecosystem

Berpandukan pendekatan Penyepaduan Fotovolta dan Penyimpanan Tenaga Seasal JA, ekosistem ini menyelaraskan tenaga solar, penyimpanan tenaga, pengurusan tenaga pintar dan perkhidmatan pelanggan sejak dari awal, dan bukannya menggabungkan produk yang dibangunkan secara berasingan pada peringkat kemudian.

Dalam ucapan pembukaannya, Presiden JA, Yang Aiqing, berkata penyepaduan yang lebih erat antara tenaga solar dengan penyimpanan tenaga merupakan langkah seterusnya yang semula jadi apabila kedua-dua industri semakin matang. Pelanggan memerlukan lebih daripada peralatan berprestasi tinggi: mereka memerlukan sistem tenaga yang boleh dipercayai, mudah diurus dan direka berdasarkan keperluan mereka. Mengutamakan nilai kepada pelanggan sejak awal dapat mengurangkan kos penyelarasan dan meningkatkan hasil keseluruhan.

Liu Shuo, Presiden Pusat Jenama dan Pemasaran JA, menyatakan bahawa modul solar dan peralatan penyimpanan tenaga yang cemerlang tidak semestinya menghasilkan sistem yang cemerlang. Keserasian, pengagihan operasi dan akauntabiliti perlu ditangani pada peringkat reka bentuk. Berbekalkan pengalaman selama 21 tahun dalam pembuatan fotovolta, JA merangka pendekatannya berteraskan Asal Usul, Sinergi dan Penumpuan, yang menghubungkan R&D bersama, operasi terselaras, prapentauliahan bersama sebelum penghantaran serta perkhidmatan bersepadu.

Guo Yafei, Presiden Bersama Pusat Operasi Serantau JA, menggariskan tiga keupayaan teras: kawalan dan pengagihan operasi bersepadu, pengurusan tenaga hijau terselaras serta perkhidmatan bersepadu. Disokong model R&D tiga generasi, keupayaan ini menggabungkan seni bina perkakasan, platform perisian dan proses pentauliahan yang diseragamkan.

JA menganggarkan bahawa berbanding sistem yang dipasang secara berasingan, pendekatannya dapat meningkatkan kecekapan sistem sebanyak 2–3%, memendekkan tempoh pelaksanaan dan pentauliahan sebanyak 20–30%, mengurangkan kos pengurusan projek sepanjang kitaran hayat sebanyak 30% serta menurunkan kos operasi dan penyelenggaraan sebanyak 10–20%.

JA ESS turut memperkenalkan penyelesaian yang dibangunkan berasaskan Penyepaduan PV dan Penyimpanan Tenaga Seasal, dengan menggabungkan produk yang dibangunkan JA bersama kecerdasan pada peringkat awan, pinggir dan peranti. Penyelesaian ini merangkumi lapan bidang aplikasi: pusat data AI, projek berskala utiliti, kemudahan komersial dan perindustrian, pertanian, sistem solar-penyimpanan-pengecasan bersepadu, mikrogrid bersambung grid dan luar grid, perlombongan serta tenaga kediaman.

JA mengetengahkan pelaksanaan projek di Itali, barat laut China, Republik Demokratik Congo dan Mongolia Dalam. Bagi projek komersial dan perindustrian yang lazim, pemodelan JA menunjukkan tempoh pulangan modal yang lebih singkat sebanyak 28.3% dan peningkatan kadar pulangan dalaman (IRR) sebanyak 36.5%.

Bai Yiqi dari TÜV Rheinland Greater China menggariskan rancangan untuk membangunkan piawaian bagi mengesahkan nilai sistem solar dan penyimpanan tenaga bersepadu, meliputi prestasi pada peringkat loji, penyelarasan sistem, kebolehpercayaan sepanjang kitaran hayat dan nilai aset, serta sebuah kertas putih bersama JA.

Dalam sesi meja bulat industri, para peserta menggesa peralihan daripada menghubungkan peranti secara individu kepada mereka bentuk dan mengurus sistem bersepadu, dengan sokongan objektif bersama, akauntabiliti yang jelas dan piawaian penilaian yang konsisten.

Melangkah ke hadapan, JA merancang untuk memperluas Ekosistem Solar dan Penyimpanan Tenaga Bersepadu Seasal ke lebih 180 negara dan wilayah menerusi rangkaian lebih 5,000 rakan kongsi, sekali gus membantu pelanggan memperoleh manfaat tenaga bersih yang lebih cekap, boleh dipercayai dan boleh diukur.

スポンサーリンク